Batu Hitam

Hitam gelap tiada nyawa

Dikala cair mengalir indah bersinar

Semangat waja panas membara

Tinggi nilai di mata

Kerna ditempa dengan sungguhnya

Tiada nilai dimata kerna ditempa dengan lewa

Biar asal usul dasar yang sama

Engkau di sana juga

Diciptakan kosong tiada upaya

Umpama kain putih corakdipinta

Oleh warna hitam dan putih

Mahu hina atau mulia

Jalan pilihan setiap hambaNya

Diterima catatan agung Maha Kuasa

Tangan kiri atau tangan kanan

Comments (2) »

Diam Seribu Bahasa

“Kenapa tak nasihat budak tu je, cakap elok-elok dengan dia, Insyallah dia faham? ” tanya Ahmad

“Kau cakap senang la, takut nanti dia emosional plak. Susah nak handle nanti. Lagipun aku rasa dia macam dah biasa buat benda tu. Dalam keluarga pun tak larang rasanya.” Jawab Halim

“Yelah aku tau, memang susah. Tapi aku harapkan kau ada rasa benci dengan perkara yang dia buat tu. Biarpun kita tak mampu untuk dengan tangan, cukuplah dengan hati. Dan ingatan untuk kita, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Ini menunjukkan kat mana tahap iman kita.” Sambung Ahmad

“Insyallah, aku tau tu. Semoga ada kekuatan nak amal ma’ruf nahi mungkar lepas ni.” Sambung Halim.

Pada hari ini banyak perkara yang terjadi seperti yang terdapat di dalam perbualan tersebut di kalangan sahabat saya, baik di sekolah, matrikulasi dan ketika menuntut di sarjana perubatan sekarang. Seolah-olah sudah tertanam diri mereka ungkapan “itu hal dia, buat apa campur” , “kita mati kubur lain-lain, tak yah nak sibuk” , “biar jelah, mak bapak dia tak larang buat apa sibuk”. Masing-masing merasakan tidak layak untuk menegur atau tidak tahu cara terbaik untuk menasihati sahabatnya. Saya pasti pembaca di luar sana pasti pernah mengalami peristiwa yang sama dengan isu yang akan saya kongsikan ini.

Sebagai orang muslim telah disebutkan di dalam al-Quran maupun sabda Rasulullah saw sifat amal ma’ruf nahi mungkar, mengajak ke arah yang baik dan mencegah kepada kemungkaran.

Diriwatkan dari Abu Said Al-Khudri ra. ; ia bertutur : Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda : ‘Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangan, jika dia tidak mampu maka dengan lidah, dan jika tidak mampu maka dengan hatinya. Dan demikian adalah selemah-lemah iman.’ [HR Muslim].

Seharusnya kita sedar bahawa menasihati sahabat-sahabat kita ke arah yang ma’ruf dan mencegah kemaksiatan adalah terletak di bahu masing-masing yang mengaku beragama Islam, bukan terletak di bahu orang bergelar ustaz. Membenteras kemungkaran itu terbagi kepada 2 : Fardhu kifayah apabila sesuatu kemungkaran itu diketahui oleh ramai di kalangan kaum Muslimin sudah ada yang menyelesaikannya, jika tidak ada yang mengatasinya biarpun mampu maka berdosa. Fardhu Ain jika kemungkaran itu diketahui oleh seorang dan jika hanya seorang yang mampu mengatasi biarpun diketahui oleh kaum muslimin.

Selain itu, memang diakui apabila lemahnya iman seseorang akan menyulitkan dia untuk mencegah dengan tangan dan lisan. Paling kurang yang boleh dilakukan adalah membenci kemungkaran tersebut tetapi bukan bermakna sudah terlepas tanggungjawab wajib mencegah baik dengan tangan atau lisan. Kita seharusnya berusaha bagaimana cara hendak mencegahnya. Mengikut sumber1 yang saya dapatkan tidak mampu itu adalah di konteks membahayakan nyawa dan keluarganya. Jika tidak, adalah wajib baginya untuk mencegah dengan tangan atau lisan. Perlu berhati-hati di sini adalah jangan sampai tahap di mana kita meredhai sesuatu kemungkaran kerana bagi yang meninggalkan fardhu ain adalah dosa besar.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…” [al-Hujurat : 10]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. Rasulullah saw. Bersabda “Tidaklah beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” [HR Bukhari]

Jadi adakah adil mengatakan tanggungjawab menasihati itu adalah terletak di bahu orang yang bergelar ustaz ustazah, senior ‘alim’ atau ‘budak surau’. Dari ayat Allah dan hadith Rasulullah seperti yang tercantum di atas menunjukkan tidak akan beriman seseorang itu jika dia tidak menyintai saudaranya sesama muslim sebagaimana dia menyintai dirinya sendirinya. Jadi ungkapan “mati kubur lain-lain” adalah tidak wajar di jadikan alasan di sini. Di akhirat kelak, setiap perbuatan kita di dunia ini pasti akan ditanya di hadapan Allah termasuk tanggungjwab kita amal ma’ruf dan nahi mungkar. Sebagai contoh, sahabat serumah atau sebilik tidak melaksanakan solat, adakah kita mengajaknya. Saya pasti pernah berlaku di kalangan kita hari ini, adakah kita sudah di anggap menyintai sesama saudara sedangkan membiarkan sahabat tersebut mendapat dosa dan azab Allah? Saya tinggalkan masalah ini kepada pembaca di luar untuk menilai dan memikirkan.

Sebagai kesimpulannya, amal ma’ruf nahi mungkar adalah tanggungjawab setiap umat Islam di dunia ini baik dilakukan dengan tangan, kata-kata maupun hati, secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Semoga biar sedikit tindakan yang kita lakukkan mendapat ganjaran dari Allah, dan Dia yang Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati hamba-hambanya.

Al Firdaus

19 April 2008

1 Hadith Arbain Nawawiah

Comments (2) »

Indahnya Waktu Pagi

“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Setakat ini ada pertanyaan.”
“Assalamualaikum Ustaz. Saya nak tanya bagaimana cara yang memudahkan saya untuk untuk bangun solat subuh. Saya pernah mendengarkan bahawa solat Subuh mempunyai misteri tersendiri dan berusaha untuk kea rah itu tetapi ustaz saya telah berusaha untuk mengunci jam loceng dan handphone untuk membolehkan saya bangun, tapi tak berhasil setiap hari?” Tanya seorang pelajar di kuliah pengajian Islam.
Dari ilustrasi ringkas tadi adalah perkara biasa dikalangan masyarakat sekarang, secara khususnya kepada kehidupan seorang pelajar atau mahasiswa. Pertanyaan yang sama sering bermain di dalam fikiran mereka, meskipun ada yang berusaha mencari jalan penyelasaiannya dan tidak kurang juga yang hanya sekadar dengan kata keluhan tanpa sebarang usaha. Banyak ragam yang boleh kita lihat tentang penyelesaian masalah ini.

Solat subuh mempunyai banyak misteri dan kelebihan yang tersendiri, antaranya pahala solat subuh berjamaah sama dengan pahala solat sunnah semalaman. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Usthman bin Affan ra.
Barangsiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunnah setengah malam. Dan barangsiapa solat berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh” [HR Muslim]
Sebenarnya ramai orang muslim yang mengetahui nilai bagi solat subuh berjamaah di masjid bagi lelaki dan solat di awal waktu bagi perempuan. Satu pertanyaan saya lontarkan kepada pembaca, adakah sebanding solat subuh berjamaah sepanjang tahun dengan solat satu malam di malam Lailatul Qadar?
Bukan bermakna saya hendak mengecilkan tingkat nilai malam Lailatul Qadar, tetapi malam Lailautul Qadar adalah malam untuk hambaNya yang terpilh, hambaNya yang beribadah bersungguh-sungguh sepanjang tahun secara constant dan sabar. Bukan semua orang akan mendapatkan ganjaran malam tersebut dan bukan bermakna kita tidak berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Tetapi yang berlaku hari ini adalah kaum muslimin berlumba-lumba untuk bangun mengerjakan solat pada malam tersebut tetapi pada hari-hari lain tidak sanggup bangun solat subuh secara berjamaah, hanya solat subuh dua rakaat.
Tambahan lagi solat sunnah malam itu bersifat sunat manakala solat subuh itu adalah solat yang wajib. Sebagai perumpamaan seorang yang rajin untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis sepanjang tahun tetapi sengaja meninggalkan puasa wajib di bulan Ramadhan. Inilah fenomena yang berlaku hari berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya.
Saya pernah membaca buku yang membahaskan kelebihan solat subuh. Terdapat suatu cerita dari penulis tersebut yang amat menarik untuk saya kongsikan. Cerita yang berkisar pengalaman penulis yang mengikuti suatu seminar perubatan di Amerika, sesi pertama seminar tersebut bermula pada pukul 6 pagi. Selepas selesai solat subuh kira-kira 6.15 pagi, beliau bergegas ke tempat seminar dan membayangkan ruangan seminar masih kosong kerana beliau beranggapan siapa yang hendak datang seminar pada awal pagi. Tetapi anggapan penulis itu ternyata meleset malah beliau adalah antara orang duduk di barisan bagian belakang.
Dari kisah penulis buku tadi menjadikan saya agak terkejut dan kagum penyusunan waktu orang Amerika. Mereka malah bangun awal pagi hanya untuk mengikuti seminar yang bersifat duniawi dan pilihan sedangkan kaum muslimin di perintahkan Allah untuk bangun pagi untuk melaksanakan solat subuh yang menjadi tuntutan dan terdapat ganjaran dari Allah. Yang manakah lebih penting, perkara duniawi atau rahmat dan kasih sayang Allah? Itu yang berlaku pada kaum muslimin hari ini, masih kurang bijak memenilai.
Saya masih ingat kata-kata ibu saya tentang bangun awal pagi, “Orang tua-tua kata bangun pagi tu murah rezeki, pintu rezeki terbukak”… secara logic jika kita renungkan mengapa yang dikatakan bangun pagi itu murah rezeki, jika dilihat masa dari matahari terbit untuk sampai ke puncaknya adalah 5 jam dan masa yang ada untuk sampai masuknya matahari adalah 12 jam. Ia adalah jangka masa yang lama untuk yang bangun awal pagi berbanding yang orang yang bangun setelah matahari terbit tinggi. Tambahan pula waktu pagi adalah waktu di mana tenaga manusia berada tahap yang tertinggi selepas bangun dari tidur, jadi produksi yang terhasil pada waktu pagi adalah pada tahap yang maksimum dan akan mendatangkan banyak keuntungan.
Berkah Allah berlaku untuk semua hal baik berupa berdagang, bercucuk tanam untuk petani, para nelayan, membaca malah berjihad di jalan Allah. Sebagaimana Baginda mengisyaratkan untuk bermulanya peperangan setelah terbitnya matahari yang telah dituturkan oleh Nu’man bin Muqrin ra.. Ada sebuah kisah sahabat Rasulullah yang memegang sabda Rasulullah “Ya Allah, berkatilah umatku di waktu pagi” [HR At-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majjah]. Sahabat baginda tersebut bernama Shakhr Al-Ghamidi ra. yang merupakan seorang pedagang, beliau sering berangkat untuk berdagang maupun orang utusannya waktu awal pagi dan sering mendapat untuk yang banyak sehingga hartanya melimpah ruah. Dari Imam Ahmad, kerana terlalu banyak hartanya sehingga beliau tidak tahu lagi di mana untuk menyimpan hartanya.

Jika kita lihat dari sedikit perbahasan mengenai kelebihan solat subuh di atas, sebenarnya masih banyak kelebihan-kelebihan lainnya yang sudah terungkap maupun yang masih menjadi rahsia Allah SAW. Jika umat Islam menyedari nilai pada solat subuh, tidak mustahil untuk saya katakan keagungan Islam pasti akan kembali di muka bumi ini. Oleh itu, kepada semua kaum muslimin kuatkan tekad dan azam untuk sama-sama menjaga solat subuh yang telah diperintahkan Allah, serta berusaha untuk saling ingat-mengingati sesama kita. InsyAllah semoga Allah memberi kekuatan untuk saya cuba membahaskan bagaimana tips terbaik untuk memudahkan kita untuk bangun awal pagi untuk solat subuh pada masa akan datang. Astagfirullah hal’azim, Wassalam…

Comments (2) »